Krisdayanti Nafi Curang Lagi

Menjadi antara kontroversi terbaharu di Indonesia kini tentunya mengenai kisah rumah tangga penyanyi Krisdayanti yang khabarnya sedang mengalami masalah.

Semunya berpunca daripada perkongsian suaminya, Raul Lemos di laman Instagram Khamis lalu.

Bertanyakan soalan mengenai pendapat masyarakat umum terhadap kecurangan yang berlaku dikalangan pasangan.

Ternyata warganet yakin persoalan ini ada kaitan dengan rumah tangga yang dibina sejak lapan tahun lalu.

Sekali selingkuh, sudah pasti akan selingkuh lagi dan lagi. Stigma yang satu ini sudah sangat melekat dalam masyarakat. Yaudah ada seorang pun yang ingin diselingkuhi oleh pasangan yang cintanya terlebih bila hubungan asmara sudah terjalin sekian lama.”

Namun apakah stigma tersebut benar adanya? Apakah ada teori yang mendukungnya? Baca terus ulasan berikut ini,” tulisnya

Enggan melihat perkara ini berterusan dibahaskan warganet. Akhirnya Krisdayanti membuka mulut.

Jelasnya kapsyen yang dimuat naik suaminya itu juga tidak boleh dianggap mengenai rumah tangga mereka memandangkan persoalan itu mungkin ada kaitan dengan pekerjaan.

Bagaimanapun penyanyi ini tetap mengharapkan sebuah kehidupan yang baik buat keluarganya.

Namanya manusia kita berupaya semoga semua baik dalam rumah tangga kehidupan masa depan,” katanya lagi melalui liputan 6.

Sementara itu Krisdayanti sebelum ini pernah mengejutkan dunia hiburan serantau melalui hubungan terlarangnya dengan Raul ketika masih bergelar isteri kepada Anang.