Matic Fest Kembali Selepas Enam Tahun

Rudy Irwan Shukaime bersama Penganjur Matic Fest

Kuala Lumpur – 25 Oct 2019

Mensasarkan kehadiran seramai 10 ribu pengunjung, Matic Fest yang akan berlangsung pada 1 hingga 3 November depan bakal memberi pengisian yang bukan sahaja dalam bentuk hiburan tetapi juga memberi pengalaman yang unik buat pengunjung yang hadir.

Menurut Pengarah Matic, Rudy Irwan Shukaime, Matic Fest menjadi antara medium memperkenalkan produk pelancongan dan kebudayaan kepada pengunjung. Selain itu juga dalam masa yang sama mempromosikan Matic sebagai pusat sehenti untuk kemudahan pelancong dalam dan luar.

Kali terakhir Matic Fest diadakan adalah pada 2014, kami melihat ini adalah tahun yang baik untuk kembalikan program kepada pengunjung.

Matic berharap program ini dapat menarik kehadiran pengunjung untuk menyemarakkan lagi penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2020 pada tahun hadapan,’ jelasnya.”

Sementara itu sempena Matic Fest 2019, pelbagai aktiviti sudah dirangka merangkumi semua golongan dan peringkat umur. Antara pertandingan yang akan turut diadakan adalah panah tempur, gusti lengan , mencanting batik dah banyak lagi.

Di lokasi yang sama juga Bazar Matic Fest juga turut menyediakan pelbagai juadah tradisonal Malaysia. Menyediakan 40 tapak reruai yang menawarkan hidangan mengikut negeri antaranya Nasi dagang, Nasi Kerabu, Char Koey Teow. Tidak sekadar makanan, produk seni,kraf dan warisan juga boleh didapati di gerai-gerai yang disediakan.

Sepanjang tiga hari itu juga pelbagai persembahan kebudayaan turut disediakan, antaranya wayang kulit , mak yong, dikir barat , cak lempong dan silat.