Sengaja atau kebetulan? muzik video Radja ciplak dan sindir kontroversi Nissa Sabyan

SEJAK sekian lama mendiamkan diri dalam industri muzik, kini kumpulan dari Indonesia kembali dengan single sempena Ramadan yang berjudul ‘Sapu Jagat’.

Lagu yang dilancarkan sejak 9 April lalu telah dimuat naik di Youtube dan apa yang menarik, muzik video tersebut telah menjadi perbincangan penonton di ruangan komen.

Radja yang kini dianggotai oleh Ian Kasela, Moldy, Indra, dan Seno telah dituduh menjiplak hasil karya kumpulan Sabyan yang dianggotai Nissa dan Ayus yang juga berjudul ‘Sapu Jagat’ yang dilancarkan pada 13 Mac lalu.

Bukan setakat lagu sahaja yang kelihatan persis, malah judul dan muzik video mereka juga dikatakan sama.

Walau bagaimanapun, antara perbezaan yang dapat dilihat dalam kedua video ini adalah Radja mempunyai scene bersama selebriti, Dewi Persik dan Sabyan pula hanya mereka anggota mereka sahaja.

Hal itu telah membuatkan pemain gitar Radja, Moldy buka suara. Katanya, “Ia terpulang kepada penonton yang mempunyai pendapat yang berbeza. Apa yang penting adalah niat kami cuma mahu menghibur tanpa menganggu orang lain”.

Selain itu, ada juga yang berpendapat kumpulan Radja menyindir Sabyan dek kerana kontroversi yang terpalit di antara Nissa dan Ayus kerana latar belakang video Radja menunjukkan situasi pasangan yang sedang curang.

Tegas Moldy, muzik video yang dimuat naik Radja itu tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak dan jika ada pihak merasa terganggu, ia tergantung kepada penilaian dan penerimaan masing-masing.