Dakwaan Bertunang Dengan Engku Emran, Noor Nabila Enggan Komen

BEKAS isteri Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Mohd Noor dengan tegas tidak berikan sebarang komen mengenai khabar angin kononnya telah bertunang dengan Engku Emran.

Jawapan tersebut diberikan melalui laporan Berita Harian.

Desas desus ini timbul selepas tular gambar Engku Emran berada di rumah Nabila ketika sesi usrah bersama seroang ustaz yang disertai ahli keluarga yang lain.

Malah, mereka juga berkongsi minat sukan berbasikal melalui paparan foto dalam laman sosial.

Nabila bercerai dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga.

Mereka dikurniakan anak lelaki diberi nama Jebat Jayden.

Sumber: Berita Harian