Sanggup Pinjam Bayi Orang Lain Untuk Potong Barisan Mengundi

Foto: Kosmo

PETALING JAYA – Seorang lelaki mendakwa ada segelintir pengundi wanita yang sanggup ‘meminjam’ bayi daripada kenalan rapat semata-mata untuk memotong barisan ketika mengundi.

Menurut hantaran sama, wanita tersebut dikatakan berbuat demikian supaya dapat mengundi melalui saluran khas.

“Aku nampak ada seorang pengundi pinjam ‘baby’ orang lain dan dukung semasa beratur. Terus dia dapat keutamaan untuk potong barisan.

“Nasihat aku, janganlah ambil kesempatan. Kalau betul nak cepat, datanglah awal. Seorang dua kita boleh ketawa lagi, tapi kalau dah ramai, sakit hati juga,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai tidak terkejut dan ada juga yang mengakui pernah melakukan perkara sama untuk elak beratur panjang.

“Aku rasa, benda ini boleh dimaafkan. Tetapi, aku tak akan maafkan orang yang sengaja tak pergi mengundi,” kata Yohan.

“Bagi aku, selagi tidak menyusahkan orang, tak mengapa,” kata Azhar.

“Bukan perempuan sahaja, suami saya pun tiba-tiba rajin dukung anak semata-mata untuk potong barisan,” kata seorang lagi pengguna. 

Sumber: Kosmo