Viral dua lelaki bertumbuk di tengah jalan, bergaduh mulut jadi punca

SEMAKIN hari, kejadian keganasan atau samseng jalan raya kian menjadi-jadi. Terbaru, tular satu video apabila dua lelaki bertumbuk di tengah jalan raya. 

Kejadian itu terjadi apabila salah seorang daripada mereka dikatakan telah menghalang dan enggan memberi laluan kepada beberapa motosikal untuk meneruskan perjalanan di Persiaran kerjaya Glenmarie, Seksyen U1 dalam kejadian yang berlaku pada Isnin itu. 

Dalam video berkenan, jelas kelihat kedua-dua lelaki saling berbalas tumbukan berhampiran pembahagi jalan sewaktu laluan hingga menyebabkan kesesakan.

Bagaimanapun, pergaduhan mereka berjaya dileraikan oleh orang awam tidak lama kemudian. 

Video yang tular di laman sosial

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten komisioner Mohd Iqbal Ibrahim yang telah memberikan kenyataan bahawa pihak polis telah menerima laporan daripada penunggang motosikal berusia 31 tahun. 

Menurut beliau, siasatan awal pihak berkuasa mendapatti kejadian yang terjadi pada 13 Jun sekitar jam 7.15 petang itu bermula dengan pertengkaran mulut oleh suspek seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun, menaiki kereta jenis Naza Ria yang enggan mengetepikan keretanya. 

“Keadaan itu menyebabkan motosikal mangsa dan penunggang yang lain tidak dapat meneruskan perjalanan. Pertengkaran mulut berlaku disusuli dengan pergaduhan akhirnya dileraikan oleh orang ramai,” katanya kepada Sinar Harian.

Iqbal Ibrahim juga memaklumkan kedua-dua lelaki berkenaan telah bersetuju untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan cara baik dan mangsa telah menarik balik laporan polis berkenaan. 

Beliau juga menasihatkan orang ramai untuk tidak melakukan sebarang spekulasi akan kejadian tersebut. 

Sumber: Sinar Harian