Selamat tinggal… Internet Explorer ditamatkan perkhidmatan bermula hari ini

Selamat tinggal… Internet Explorer ditamatkan perkhidmatan bermula hari ini

SELEPAS 27 tahun menyimbah bakti kepada hampir seluruh pengguna internet di dunia, pelayar Internet Explorer akan ditamatkan perkhidmatannya secara rasmi oleh Microsoft bermula hari ini.

Ya! Hari ini bersamaan 15 Jun 2022.

Untuk anda yang terlepas pandang, Microsoft telah mengumumkan perkara ini pada 2021 lagi dimana pelayar tersebut tidak boleh digunakan bermula 15 Jun 2022 pada sesetengah versi Windows 10.

Mula diperkenalkan pada 1995, Internet Explorer datang bersama pakej tambahan untuk Windows 95 tahun tersebut.

Pelayar itu kemudiannya tersedia untuk dimuat turun secara percuma oleh pengguna.

Melalui satu kenyataan oleh Pengurus Program Microsoft Edge iaitu Sean Lyndersay, dia menjelaskan masa depan Internet Explorer dalam Windows 10 adalah Microsoft Edge

“Masa depan Internet Explorer dalam Windows 10 adalah Microsoft Edge.

“Bukan hanya Microsoft Edge lebih pantas, selamat dan lebih moden berbanding Internet Explorer, malahan pelayar ini sesuai untuk warga tua, laman sesawang legasi dan aplikasi.

Microsoft Edge juga mempunyai mod Internet Explorer tersedia.

Mod tersebut membolehkan pengguna mengakses antara muka dan ekosistem Internet Explorer pada Microsoft Edge.

Pastinya pemergian ini sedikit memberi kesan kepada generasi yang lahir 90-an serta awal 2000.

Sayonara Internet Explorer!

Sumber: wiser.my