[Video] Ucapan Lisa Nurmarini Di AS Buat Malaysia Bangga

Baru-baru ini seorang gadis dari Malaysia yang memberikan ucapan di dalam dewan ketika majlis graduasi di Amerika Syarikat telah tular di sosial media. Ucapan Lisa Nurmarini di depan pelajar dan pendidik di dalam dewan itu telah menjadi inspirasi ramai.

Melihat satu persatu kejayaan anak muda dari Malaysia di persada dunia membuatkan ramai yang tumpang berbangga. Kejayaan yang dicapai pastinya bukan mudah.

Lisa Nurmarini adalah seorang graduan Ijazah Geologi dari University Wisconsin-Madison dan video ketika ucapannya di satu majlis menjadi tular di sosial media.

Difahamkan beliau menjadi wakil graduan untuk memberi ucapan di hadapan 7,000 orang di sana. Dalam rakaman ucapan itu kedengaran Lisa Nurmarini menceritakan kisah perjalanannya sepanjang menuntut ilmu di situ.

Berikut adalah video ucapannya yang penuh inspirasi itu :

Video yang dikongsikan semula oleh The Star itu meraih lebih 401,700 tontonan dan 25,100 retweets serta 29,000 likes.

Sumber : TheStar