(Video) Terkejut Tuan Rumah Pulang, Perompak Rempuh kereta Owner

Panik melihat kepulangan tuan rumah membuatkan dua penjenayah ini kalut dan terus cuba melarikan diri sehingga sanggup merempuh kereta mangsa. 
 

Kes Pecah Rumah Damansara Jaya

KUALA LUMPUR: Dua penjenayah yang terdesak melarikan diri bertindak nekad merempuh kenderaan dinaiki sepasang suami isteri dengan kenderaan mereka selepas ‘kantoi’ memecah masuk kediaman terletak di Jalan SS 22/27 Damansara Jaya di sini itu, semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang, pasangan suami isteri terbabit dikatakan baru pulang daripada membeli barangan sambutan Tahun Baharu Cina sebelum mendapati pintu pagar kediaman mereka terbuka dan terdapat sebuah kereta lain di anjung rumah teres dua tingkat itu.Pemandu yang juga pemilik rumah berusia 60 tahun kemudian memberhentikan kereta di hadapan kereta suspek untuk memeriksa kenderaan berkenaan namun pemandunya bertindak agresif merempuh kenderaan mangsa sebanyak dua kali sebelum berjaya meloloskan diri.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata sebaik kedua penjenayah itu melarikan diri, pasangan suami isteri terbabit memeriksa kediaman mereka dan mendapati beberapa barangan berharga lesap.Katanya, ketika kejadian, pasangan suami isteri berkenaan tidak sampai sejam keluar dari kediaman mereka iaitu kira-kira jam 1.30 tengah hari dan sebelum keluar, rumah itu ditinggalkan kosong dalam keadaan baik dan berkunci.“Suspek berjaya melarikan barangan milik mangsa antaranya beberapa botol minuman keras, sebuah komputer riba dan telefon bimbit, sebuah kamera digital, sebentuk cincin emas dan sejumlah mata wang asing.“Hasil rakaman percakapan mangsa, kita percaya kedua-dua suspek berbangsa Cina berdasarkan warna kulit namun wajah mereka tidak dapat dicam kerana memakai topeng muka serta topi besbol selain memakai sarung tangan berwarna putih,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.Katanya lagi, semakan ke atas nombor pendaftaran kenderaan jenis Mazda berwarna perak digunakan suspek mendapati ia adalah nombor pendaftaran palsu.Tambah beliau, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah dan Seksyen 427 kanun sama iaitu perbuatan khianat.Dalam pada itu, satu video rakaman kejadian itu dipercayai daripada rakaman kamera ‘dashboard’ atau dashcam kereta mangsa berkaitan kejadian itu, viral di media sosial, hari ini.Menerusi rakaman berdurasi 49 saat itu, kedengaran suara pasangan suami isteri terkejut apabila mendapati pintu pagar kediaman mereka terbuka dan mendapati sebuah kereta yang tidak dikenali berada di dalam anjung rumah mereka.Menyedari perbuatan mereka disedari tuan rumah, seorang daripada suspek terus masuk ke tempat pemandu dan merempuh bahagian depan kereta mangsa sebelum mengundur dan sekali lagi merempuh kenderaan mangsa.Rakannya yang dipercayai sedang memasukkan barangan yang dilarikan ke dalam but kenderaan dipercayai jenis Mazda CX3 atau CX5 itu kemudian bergegas masuk ke tempat duduk penumpang hadapan tanpa sempat menutup penutup pintu but kenderaan mereka dan melarikan diri.▶Berita Harian#Inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Wednesday, January 22, 2020

 
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 2.20 petang kelmarin di Jalan SS 22/27 Damansara Jaya, pemilik rumah dan isterinya baru pulang dari membeli barangan untuk menyambut Tahun Baharu Cina terkejut apabila mendapati pintu pagar rumah mereka terbuka dan ada sebuah kereta Mazda yang diparkirkan di depan pintu rumah. 
 
Mereka kemudian memberhentikan kereta di hadapan rumah dan muncul suspek pertama yang panik terus masuk ke dalam kereta untuk melarikan diri. Suspek merempuh kereta mangsa sebanyak dua kali dan mereka berjaya meloloskan diri. 
 
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, ketika kejadian itu berlaku, mangsa hanya keluar sebentar dan meninggalkan rumah mereka dalam keadaan berkunci, pada jam 1.30 petang. 
 
Pemeriksaan mendapati, ada beberapa barangan berharga hilang seperti beberapa botol minuman keras, laptop, telefon bimbit, sebentuk cincin, kamera digital dan sejumlah mata wang asing. 
 
Semakan ke atas nombor pendaftaran kereta yang digunakan suspek juga adalah nombor pendaftaran palsu. 
 
Polis kini sedang menyiasat dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejiranan itu.

Video dashcam dari kereta mangsa turut tersebar di media sosial yang menunjukkan dua suspek itu panik dan kelam kabut berusaha melarikan diri.

 
Sumber – BH