Semalam semua orang kecoh pasal kes seorang pemandu Perodua Myvi yang dilaporkan tergamak merempuh lima kenderaan lain, selepas dikejar sekumpulan penunggang motorsikal.
Nak tau sebab apa driver ni gabra sangat? Sebab rupanya sebelum tu disyaki menyamun orang kelainan upaya (OKU) kat satu lokasi lain.
Kalau ikut laporan Bernama, suspek dikatakan menolak OKU terbabit keluar dari keretanya.
Jadi bila dah kantoi, dia bertindak merempuh lima kenderaan di sepanjang Jalan Pudu dalam cubaan untuk melarikan diri.
Seorang pengguna Twitter @AfnanSyahir, ada berkongsi rakaman aksi kejar mengejar sewaktu kejadian. Bayangkan dalam keadaan jalan raya yang tengah sesak, nak time tu memang peak hour orang balik kerja, memang takkan ke mana la jawabnya.
Ini pulak rakaman driver tu lunyai dikerjakan orang awam.
Kejadian tersebut nyata mengundang rasa kurang senang netizen, yang rata-ratanya mengecam tindakan lelaki berkenaan.
Apa pun, benda ini dah jadi kes polis jadi kita biar pihak berkuasa jalankan tugas mereka pulak ye.
Pengajaran dia, fikirlah dengan bijak sebelum nak buat sesuatu tu. Kalau silap langkah, nahas jawabnya.