Dato Seri Vida Dan Cik B Buat Rumah Hantu ?

Kuala Lumpur – Buat julung kalinya, anak syarikat Vida Beauty Sdn Bhd, Cik B Boba Lova Niaga akan menganjurkan karnival ‘Cik B Vaganza Food Fest 2019. Karnival ini akan dimeriahkan oleh penaja utama iaitu Uda Holdings Berhad.

‘Cik B Vaganza Food Fest 2019’ akan berlangsung selama tiga (3) hari bermula dari 20 hingga 22 Disember 2019 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di perkarangan tempat letak kereta (W4), Stadium Shah Alam dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam.

Majlis perasmian ‘Cik B Vaganza Food Fest 2019’ akan disempurnakan oleh Ketua Pengarah Urusan Vida Beauty Sdn Bhd, Dato’ Seri Dr Hjh Hasmiza Othman pada hari Jumaat 20 Disember 2019 jam 3.00 petang.

Program ini merupakan platform terbaik untuk memperkenalkan, mempromosi dan memartabatkan produk-produk keluaran usahawan kecil diseluruh Malaysia . Sebanyak 200 usahawan kecil akan menyertai ‘Cik B Vaganza Food Fest 2019’ ini yang melibatkan produk atau ‘end product’ berkaitan kesihatan, kosmetik dan kecantikan, aksesori dan makanan dan minuman.

Program ini turut membawa mesej kepada anak-anak muda untuk berani memulakan perniagaan walaupun masih muda dan mentah. Ini diinspirasikan daripada CEO VAGANZA FOOD FEST sendiri, Cik B yang baru berusia 14 tahun namun mampu menggalas tanggungjawab sebagai CEO.

Penganjuran kali ini mensasarkan jumlah pengunjung melebihi 30 ribu orang. Karnival ini juga bertujuan untuk mengumpulkan pelbagai jenis bentuk makanan dan minuman yang sedap, terkenal dan viral pada skala yang lebih besar. Dalam masa yang sama, dapat menaiktaraf industri makanan kepada satu peringkat yang lebih tinggi dengan pengikutnya yang tersendiri.

‘Cik B Vaganza Food Fest 2019’ juga merupakan satu karnival mengumpulkan usahawan kecil dan selebriti dalam satu fiesta terbesar di Malaysia. Selain itu, karnival ini juga mampu menggalakkan aktiviti riadah sambil berhibur Bersama keluarga sempena cuti sekolah.

Antara acara menarik dijalankan adalah sesi ’Meet & Greet’ Bersama- sama artis tempatan yang juga merupakan Usahawan Selebriti yang akan memeriahkan gerai jualan yang terdapat di karnival ini. Selain itu, terdapat juga taman permainan kanak-kanak serta pertandingan memasak dan mewarna serta tidak ketinggalan juga cabutan bertuah bagi pengunjung yang hadir pada hari terakhir.

Menariknya, bagi ‘Cik B Vaganza Food Fest 2019’, turut mewujudkan hashtag #CikBVaganzaFoodfest2019 untuk tujuan promosi dan publisiti di media cetak, media elektronik dan media sosial terutamanya Facebook, Instagram dan Twitter.

The News Malaysia