[Video] Pelanggan terkejut melihat Tikus “jinak” dalam bekas ayam goreng di kedai mamak

Jijik dan kotor, itu yang dilalui seorang pelanggan sebuah kedai mamak yang terletak di Bandar Tun Razak.

Berkongsi sebuah video di Facebook, pengguna laman sosial Man Isaac, memberitahu bagaimana pengalamannya melihat sendiri seekor tikus berada di dalam sebuah bekas makanan restoren berkenaan.

:. Nak di jadikan cerita.. Dalam pukul 3am tadi aku dan member lain makan kat salah satu Mamak di Area Bdr Tun Razak….

Posted by Man Isaac on Tuesday, 14 January 2020

Jelasnya ketika sedang makan pada jam 3 pagi di restoren berkenaan dia pada mulanya ke tandas sebelum diberitahu rakan-rakanya tentang kehadiran tikus berkenaan.

Menerusi video berkenaan tikus tersebut bukan sahaja berada di dalam bekas makanan namun turut memakan makanan yang sepatutnya di jual kepada pelanggan.

Tambah pengguna laman sosial ini dia turut memarahi pekerja restoren berkenaan memandangkan tikus tersebut berada di hadapan kedai yang menempatkan ayam goreng.

Tambahnya di juga hairan bagaimana tikus sebesar itu mampu berada dikawasan yang terbuka, selain turut ragu akan kebersihan di bahagian dapur restoran berkenaan.

******


:. Nak di jadikan cerita.. Dalam pukul 3am tadi aku dan member lain makan kat salah satu Mamak di Area Bdr Tun Razak. Time aku ke tandas Bro Teddy Scalow perasan ada sekor TIKUS terus naik dan makan makanan yang di letakan dalam bekas tu. Ngam aku keluar tandas.. diaorg bagitau aku ada tikus tu.. aku apa lagi.. memang bertepek2 lah aku bebel kat Pekerja sana. Isunya kat sini aku betul2 hairan dan pelik.. siapa yang perlu di persalahkan.. tikus ke pekerja sana?? Korang bayangkan tikus tu masuk dalam bekas makanan yang terang2 kat bahagian depan kedai pun staff tak nampak. Macam mana pulak yang di bahagian dapur yang lagi2 lah kita tak nampak. Sebab tu lah aku rasa ada baiknya bekas makanan perlu di tutup. Habuk tak masuk..lalat tak hinggap.. TIKUS pun tak berendam dalam tu.. KALAU ADA MEMBER2 AKU YANG PENIAGA KEDAI MAKAN / MENJUAL MAKANAN. AKU HARAP KORANG TOLONG LAH AMBIL BERAT TENTANG PERKARA BEGINI. SEBAB SEMUA NI AKAN MASUK PERUT CUSTOMER TAU.. ?? .: