Datuk Lee Chong Wei cipta sejarah lagi!

CUKUP membanggakan untuk rakyat Malaysia apabila bekas pemain badminton nombor satu Negara Datuk Lee Chong Wei bakal mempunyai patung lilinnya yang akan dipamerkan di Muzium patung Lilin Terkenal dunia, Madame Tussauds, Hong Kong.

Selain menjadi atlit pertama Malaysia yang mempunyai patung lilin di situ, patung lilin Lee Chong Wei juga bakal dipamerkan bersama beberapa figura terkenal dunia yang lain.

Berkongsi perasaan gembiranya di laman Facebook rasmi, kongsi Lee Chong Wei dia sendiri tidak menyangka akan mempunyai patung lilin. Jelasnya dia sangat berbangga untuk dipilih sebagai atlit pertama Malaysia untuk berada dalam senarai.

“Ucapan terima kasih buat pihak Madame Tussauds Hong Kong yang sangat terperinci dalam mengambil ukuran. Ini adalah pengalaman kami pertama untuk saya,” tulisnya.

Tambah Lee Chong Wei berkemungkinan patung lilinya itu akan dipamerkan pada suku kedua tahun ini.

Sementara itu melalui laporan Harian Metro, Lee Chong Wei memberitahu proses mengambil ukuran itu juga berlangsung selama lapan jam.

“Ia mengambil masa selama lapan jam untuk mengambil ukuran sebenar bentuk badan saya. Bagaimanapun, proses berkenaan tidak dijalankan selama lapan jam berturut-turut.

“Saya dibenarkan berehat selepas empat jam dan rehat untuk makan serta minum sebelum menyambung semula proses berkenaan,” katanya.