[Video] “Ini Cara Nak Minta Duit” – Ingin Tular Kononnya Ketua Balai Minta Rasuah Akhirnya Makan Diri

Kononnya merakam dan tular untuk menunjukkan kesalahan pihak berkuasa, namun seorang wanita tidak menyangka perbuatanya itu hanya memakan diri.

Tular sejak semalam rakaman video seorang pemandu lori dan wanita yang ditahan Ketua Balai Polis Lahat, Sub Inspektor Zulkifli Md. Asid.

Menerusi laporan Perak Gazette pegawai berkenaan yang lengkap berunifom sedang dalam perjalanan pulang dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh ke Balai Polis Lahat sebelum menahan lori yang membawa muatan rangka sebuah kereta.

 

Bagaimanapun ketika diminta mempamerkan lesen dan kad pengenalan, pemandu lori berusia 33 tahun dan wanita itu bagaimanapun gagal menunjukkan sebarang dokumen.

Malah tidak berpuas hati dengan pegawai tersebut, wanita itu juga turut mendakwa pegawai itu cuba meminta duit selain akan melaporkan perbuatan tersebut.

Enggan menuruti permintaan pegawai tersebut ke Balai Polis, akhirnya pemandu tersebut memberi kad pengenalannya sebelum meninggalkan tempat kejadian selain mendakwa akan membuat laporan yang kononnya kad pengenalannya di curi pegawai tersebut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, memberitahu pihaknya juga sudah menahan suspek di sebuah rumah di Taman Bercham Aman di sini pada pukul 3.51 petang dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.