[Video] Gelagat Pelajar Perempuan Solat Dalam Bilik Karaoke Tarik Perhatian Umum

Kebiasaanya, ditempat awam akan menyediakan kemudahan seperti surau, untuk para muslim menunaikan solat. Kemudahan surau yang disediakan dilihat sejak kebelakangan ini sudah semakin selesa untuk digunakan terutamanya untuk kaum wanita.

Bercakap tentang surau, sebuah video rakaman didalam sebuah bilik karaoke telah tular dengan meluas. Video tersebut telah memaparkan gelagat beberapa orang pelajar perempuan, lengkap berpakaian uniform sekolah sedang seronok menyanyi.

Yang lain sedang seronok menyanyi, tiba-tiba…

Tetapi perkara yang menarik perhatian ialah salah seorang daripada mereka sedang menunaikan solat dalam bilik berkenaan. Kejadian ini dipercayai telah berlaku di negara seberang iaitu Jakarta, Indonesia.

When you mau nakal tapi masih inget Akhirat – Sumber : Twitter – Kegoblogan.Unfaedah

Lengkap bertelekung ketika solat

Paling mencuri perhatian, pelajar berkenaan dilihat memakai telekung penuh ketika menunaikan solat di dalam bilik berkenaan. Walau bagaimanapun, tindakannya telah menjadi perbualan dan pertikaian oleh pelbagai pihak termasuklah Majlis Ulama Indonesia (MUI).

Bagaimanapun, lokasi dan juga identiti sebenar pelajar-pelajar berkenaan masih lagi belum dikenal pasti.

Ramai yang menasihatinya agar solat ditempat yang sepatutnya dan lebih baik, kerana bimbang dan ragu-ragu terhadap kebersihan tempat berkenaan.

Sumber: KUF.