“Alif Pergi Jumpa Papa, Dia Tak Balik Dah” – Nora Ariffin

Pengujung tahun 2019 membawa berita duka buat penyanyi Nora Ariffin apabila anak keduanya Alif Johan, 20 meninggal dunia secara mengejut semalam.

Menulis di laman sosialnya, Nora memberitahu Alif merupakan seorang anak yang cukup baik malah tidak pernah meninggikan suara kepada dia.

View this post on Instagram

Alif pegi jumpa papa…. Dia tak balik dah.

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Berat untuk menerima, namun sebagai ibu, Nora reda apa yang sudah ditakdirkan buat putera keduanya ini.

Menitipkan doa dan mengampunkan segala dosa anaknya itu. Ternyata tulisan Nora ini cukup menyentuh hati pengikutnya.

“Saya ampunkan segala dosa anak saya.
Selama 20 tahun, tidak pernah meninggi suara kpd saya.

“Tiap2 hari dia akn bertanya kabar saya.
Anak yg selalu ingin lihat saya bahagia,” tulisnya.

Sementara itu pengikutnya di laman sosial juga tidak lupa mendoakan agar Nora sentiasa sabar dengan ujian berat ini.

Bagi mereka bukan mudah untuk seorang wanita menghadapi apa yang dilalui Nora yang sebelum ini kehilangan suami, yang juga komposer terkenal Johan Nawawi pada tahun 2017.

“Alif pergi jumpa papa ye?? Rehatlah disana.

“Semoga Allah tempatkan Alif bersama org2 beriman,” doa seorang ibu buat anaknya yang terus membuatkan peminatnya sebak.

Sementara itu jenazah Alif akan disembahyangkan di masjid Kampung Tunku, Petaling Jaya pada pukul 3 petang selepas selesai proses bedah siasat.

“Alif akan dikebumikan kubur bukit kiara, berhampiran dgn papanya arwah Johan Nawawi.

“In Shaa Allah mlm ni Lepas isyak tahlil di Masjid Kg tunku,” tulis Nora.

Pada 6 Disember lalu, Allahyarham memuat naik video kemenangannya sebagai juara pertandingan Clash of the Talent anjuran Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), membawakan lagu Salam Terakhir.