#Video Apabila Tuanku YDPA Singgah Masjid Bersolat

Ini yang jadi sebentar tadi apabila Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menunaikan solat Fardhu Jumaat d Masjid kariah Kg Batu ni bersama penduduk setempat.

Siap bagi sedekah Jumaat pada budak-budak yang beratur bersalaman. Patutlah sampai tadi nak parking payah tetibe ade ramai polis trafik and PDRM. Selalu RELA aje yang jaga lalu lintas sini. Masuk masjid ade karpet merah dari pintu masuk sampai ruang utama solat bahagian atas.

Bila Baginda naik Range Rover sambil melambai, Baginda tanya satu budak yang turut melambai Baginda,

Dapat dah (duit)? ” budak tu jawab sambil geleng kepala, “arghhh..belum” ..

YDPA sambung, “Allahhh… masuk..masuk .. (sambil tunjuk pada runner Baginda di belakang) dengan maksud “pi ambil kat belakang dalam masjid”.

Dapat bersalam Tuanku.. jadi lerrr.. Terbaikkk Tuanku.

Sumber : Instagram – @cikgujoe19