Trend main ‘game’ hidu bau cari suami, ‘sporting’ habis tapi memang mintak kena kecam tak tahu halal haram!

HIBURAN, siapa sahaja yang tidak suka berhibur kan? Lagi-lagi kalau bergurau-senda dengan kawan main ‘game’ tertentu, sampai boleh lupa masalah dunia!

Baru-baru ini, viral satu rakaman video aplikasi TikTok yang dimuat naik oleh seorang warganet di laman sosial Twitter, lapor portal Oh My Media.

Video tersebut memaparkan gelagat seorang wanita dipercayai sedang bermain sebuah ‘game’ mencari suaminya dengan cara mengenal pasti ‘bau’ pasangan dalam keadaan mata tertutup.

Dalam pada itu, dia perlu menghidu setiap jejaka yang berada di hadapannya bagi mencari di antara jejaka-jejaka itu, mana satu suaminya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan permainan terbabit dan bercadang untuk mencuba dengan pasangan masing-masing nanti.

Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir individu yang tidak menggemari perbuatan itu dan berasa ‘geli’ sewaktu menonton aksi berkenaan.

Apabila menjengah ke laman aplikasi TikTok milik wanita itu, majoriti warganet mengecam ‘game’ beserta individu yang terlibat.

Seronok-seronok juga, tapi jangan sampai memalukan diri sendiri. Nasib baik dapat pasangan yang ‘sporting’, kalau tidak siap sedialah untuk ‘berperang’.

Sumber: Oh My Media