Sanggup berpeluh-peluh pikul kelapa sawit, ramai yang mahu sunting gadis ini sebagai isteri

SEPERTI kita tahu, pekerjaan di sektor perladangan kebiasaannya sinonim dengan kaum lelaki memandangkan ia memerlukan kudrat yang kuat, lapor portal Gulapop.com.

Perlu berdepan cuaca panas di kawasan ladang, sudah tentu pekerjaan tersebut tidak menjadi pilihan kaum wanita. Namun, jangan memandang rendah jika ada wanita mampu bekerja di ladang.

Baru-baru ini viral video TikTok seorang gadis yang bernama Rachel yang tidak kekok mengangkat buah sawit ke atas kereta pacuan 4 roda (4WD).

VIDEO Rachel yang viral di TikTok. – Video kredit: Gulapop.com

Menerusi video berkenaan, gadis itu memberitahu pekerja di kebun sawit bapanya bercuti untuk pulang ke kampung dan dia turun padan membantu ayahnya.

Di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen mengagumi kudrat dimiliki gadis berkenaan. Malah ada yang mahu berkahwin dengan Rachel dan tidak kisah jika hantarannya mahal sekalipun.

Kata netizen lagi, bukan senang nak cari wanita seperti Rachel yang bukan sahaja cantik tetapi pandai melakukan kerja kampung.

Cuma, ada juga segelintir netizen beranggapan ia semata-mata kerana kejelitaan yang dimiliki Rachel memandangkan ramai lagi wanita lain yang turut melakukan kerja berat sedemikian biarpun mungkin tidak secantik Rachel.

Apa kata anda? Adakah anda juga mencari gadis idaman seperti Rachel?

Sumber: Gulapop.com