Komposer, vokalis kumpulan The Brain Connection meninggal dunia

VOKALIS kumpulan terkenal tahun The Brain Connection yang terkenal pada tahun 1980 an, Kamal Halim, 58, menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi hati, jam 9.30 malam Khamis.

Allahyarham Kamal atau nama sebenrnya Abd Halim Awang Ibrahim meninggal dunia di usia 58 tahun di kediamannya di di Sik, Kedah.

Khabar pemergian Kamal disahkan oleh sahabatnya, Manan Ngah, yang juga bekas anggota kumpulan The Brain Connection yang terkenal dengan lagu Aku Dan Kenangan.

Menerusi laporan Berita Harian, Manan menjelaskan Kamal meninggal dunia dipercayai akibat komplikasi hati.

“Saya dimaklumkan berita pemergiannya arwah, tengah malam tadi. Sebagai sahabat yang juga rakan dalam anggota kumpulan The Brain Connection, sudah tentu pemergiannya amat menyedihkan.

“Difahamkan, arwah meninggal dunia akibat organ hati tidak berfungsi dengan baik hingga menjejaskan organ dalaman lain,” Katanya kepada BH Online.

Beliau sempat mencipta dan merakamkan lagu terakhir yang bertajuk “Mungkar Nangkir” yang akan dilancarkan oleh Al Tamim Entertaintment Sdn Bhd kelak.

Semasa hayatnya, Allahyarham telah menghasilkan beberapa lagu hits terkenal antaranya Suratan nyanyian kumpulan Slam, Mahligaimu Dari Airmataku nyanyian kumpulan Lestari, Persada Cintaku nyanyian kumpulan Spring, Di Sudut kamar Hatiku Nyanyian Datuk Jamal Abdillah dan Suratan nyanyian kumpulan Slam.

Jenazah dilaporkan telah selamat disempurnakan pada 9.30 malam Jumaat di Tanah Perkuburan Persiaran Raja Sakti, sik, Kedah

Terdahulu, Allahyarham Kamal pernah dikatakan meninggal dunia pada 2014 namun tampil menafikan berita yang tersebar.

Sumber: BH Online