Stres saiz buah dada terlalu besar, gadis minta tolong netizen

GARA-GARA stres dengan payudaranya yang bersaiz 34J, seorang gadis dari Watford, London secara terbuka memohon bantuan orang ramai menyalurkan sumbangan melalui laman sesawang, GoFundMe, untuk membantunya membiayai pembedahan mengecilkan payudara.

Amber Roach, 20, berharap dapat meraih bantuan RM26,578.80 (£5,000) untuk menjalankan pembedahan itu kerana ketika ini dia sukar untuk bangkit dari katil selepas bangun tidur berikutan payudaranya yang terlalu besar.

Penuntut jurusan undang-undang itu mendakwa, payudaranya terlalu berat sehingga menyukarkannya melakukan banyak perkara asas seperti bersukan, malah dia sukar untuk berselisih dengan orang ramai di pub.

Amber memiliki payudara saiz 34J

“Ia merosakkan hidup saya. Saya tidak dapat melepasi orang apabila berselisih di pub atau kelab malam, sekiranya saya berdiri atau berpusing, saya boleh menyebabkan gelas (dipegang pengunjung) jatuh.

“Saya juga tidak dapat masuk ke kedai atau butik yang kecil kerana saya akan menjatuhkan banyak barang di rak,” katanya.

Amber berkata, dia sudah tiga tahun tidak bermain bola jaring dan berlari sedangkan sebelum itu dia pernah bermain bola sepak, ragbi, trampolin dan pelbagai sukan lain.

Amber kini memiliki payudara dengan saiz 34J dan berharap dapat menjalani pembedahan untuk mengecilkan payudaranya kepada saiz D.

Dia juga berharap, pembedahan mengecilkan payudaranya itu nanti dapat mengubah hidupnya untuk menjadi normal seperti orang lain.

Amber berkata, dia mahu melakukan pembedahan itu sejak berusia 16 tahun namun dinasihatkan doktor untuk hanya melakukannya selepas dia berusia 18 tahun. – Agensi

Sumber: Harian Metro

Most Popular

Polis terima tujuh laporan setakat ini, kini guru pula mendakwa dirogol pendakwah selebriti

POLIS mengesahkan menerima satu lagi laporan berkaitan kes rogol melibatkan seorang pendakwah selebriti, menjadikan tujuh laporan polis telah diterima setakat ini.

Alhamdulillah… Siti Nurhaliza umum hamil anak kedua

SPEKULASI tentang dirinya yang dikatakan berbadan dan akhirnya terjawab apabila penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza mengesahkan dia kini...

Doktor didakwa ‘copek’ organ mangsa kemalangan maut, jual dalam pasaran gelap

ENAM orang individu dilaporkan telah dipenjara di China selepas didapati ‘memburu’ keluarga mangsa kemalangan dan menipu mereka untuk mendermakan organ ahli keluarga...

“Tenang is good” – Janda hadir perkahwinan baharu ‘ex-shuben’ selepas sebulan diceraikan

SEORANG wanita di Indonesia hadir pada majlis perkahwinan bekas suaminya kerana ingin membuktikan bahawa dia tidak terkesan dengan pernikahan tersebut, lapor Kosmo!