Kojap yo, den baru nak mulo – Havertz

SELEPAS dikecam hebat penyokong fanatik The Blues angkara persembahan hambarnya dalam beberapa aksi terdahulu, arkitek baharu Chelsea, Kai Havertz membuktikan kualiti yang dimilikinya apabila meledak hatrik ketika membelasah Barnsley 6-0 sekali gus menempah slot pusingan keempat Piala Liga awal pagi tadi.

Dalam perlawanan itu, Tammy Abraham membuka tirai jaringan buat Chelsea apabila meledak gol pada minit ke-19 sebelum Havertz meraih gol pertamanya buat The Blues sembilan minit kemudian.

Ross Barkley yang turut disenaraikan dalam kesebelasan utama meletakkan Chelsea terus selesa di depan apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-49 sebelum Havertz melengkapkan hatriknya menerusi jaringan minit ke-55 dan 65.

Olivier Giroud akhirnya melengkapkan kemenangan Chelsea dengan menjaringkan gol keenam lima minit sebelum perlawanan tamat.

Havertz (kanan) dan Abraham

“Terkomap kojap. Sebonaeh, eden cukup gembiro dengan aksi den tadi. Dapek score hatrik pulak tu.

“Tapi ini semuo baru nak mulo. Den nak score lagi banyak gol lopeh ni. 3-1 kocik bonar, 6-0 sonyum lebar,” kata Havertz.

Perancang muda Jerman itu turut memuji keberkesanan gandingannya bersama Abraham dalam perlawanan itu.

“Abraham memang striker yang cukup melotup-lotup poie eh.

“Ini first time kami main sesamo, apo laie nak dikato. Den memang suko caro dio main camno nak kobar laie,” ujar Havertz.

Frank Lampard akui hampir gantikan Havertz.

Dalam pada itu, pengendali The Blues, Frank Lampard mengakui nyaris untuk menggantikan Havertz sejurus sebelum pemain tengah itu melengkapkan hatriknya awal pagi tadi.

“Fuh, dia punya hepi tu taktau nak habaq lagu mana. Ini yang aku dok ligan nak dia main macam ni la.

“Hangpa semua kena ingat Havertz dok main langsung time pre-season, sebab tu aku nak bagi dia main lama sket ataih padang.

“Dia kena study macamana kami main, macamana kami pulun team lawan. Ia memang malam yang cengginiiii buat Havertz,” kata Lampard. – Agensi

Sumber: Goal.com

Most Popular

Misteri ketukan pintu di Sabak Bernam, angkara manusia atau hantu?

BUNYI ketukan pintu misteri yang berlaku di daerah ini sejak seminggu lalu, masih tidak menunjukkan tanda bakal berhenti apabila gangguan itu masih...

Nak tackle anak makcik? Pandai TikTok tak?

BUKAN paras rupa atau kerjaya stabil yang dijadikan ukuran, sebaliknya cuma pandai bermain TikTok sebagai antara syarat untuk menjadi calon menantu idaman.

Lebih 25 tahun hilang, lelaki jumpa semula wallet tercicir pada tahun 1995

SEORANG lelaki di Australia tidak menyangka dapat menemui kembali dompetnya yang hilang sejak lebih 25 tahun lalu, lapor Harian Metro.

Lori bawa produk Apple bernilai RM27 juta kena rompak!

PRODUK Apple bernilai kira-kira £5 juta (RM27 juta) telah dicuri dari sebuah lori dalam satu kejadian rompakan di Northamptonshire, United Kingdom.