Sekeping Gambar Wanita Dipaku Di Pokok, Cetus Kembimbangan Netizen

Foto: Kosmo

PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut apabila mendapati sekeping gambar dipaku pada sebatang pokok yang ditebang, dipercayai bagi tujuan sihir.

Menerusi perkongsian di TikTok Nick Nurhafiza, perkara itu disedari oleh pekerja ayahnya yang sedang melakukan kerja-kerja menebang pokok, di tepi jalan kawasan Lundang.

“Tadi masa kerja-kerja tebang pokok pekerja kami ternampak sesuatu. Perbuatan khurafat menganiaya orang dan mungkin baru ja sebab gambar tak lusuh lagi

“Tempat yang dipaku ada tiga, bahagian dahi, lulut dan dada, sihir mati. Siapa-siapa yang kenal tolong kongsi biar sampai kepada tuan badan, kasihan dia,” katanya pada video.

Hantaran tersebut menerima reaksi pelbagai daripada orang ramai, malah ada yang turut berkongsi amalan bacaan beberapa surah untuk melindungi diri daripada sihir.

“Ulama pernah beritahu, di akhir zaman orang main sihir lebih dahsyat dari zaman firaun,” komen Annurrr.

“Rasanya paku tu untuk orang berubat sakit gigi. Dulu-dulu orang pandai akan paku pada kayu untuk yang sakit gigi,” ujar Maimunahkhairi.

“Saya pernah mengalami benda ni, dia datang pasung dekat pokok rumah saya. Saya tahu Allah SWT tetap bersama saya, kifarah itu nyata,” kongsi mMie mung.

“Boleh amalkan al- Fatihah, tiga Qul, ayat Kursi, insya-Allah tiada sebarang mudarat kecuali dengan izin Allah. Moga kita dilindungi,” saran seorang pengguna.

“Kita semua kena baca surah al-Khafi setiap hari. Semoga Allah lindungi kita semua daripada perkara-perkara syirik,” tambah CuTe Girl. 

Sumber: Kosmo