Ramai gadis nak ‘cuba nasib’, Permaisuri Agong kongsi makanan kegemaran Tengku Ahmad!

MENJADI suri hati kepada anak raja merupakan salah satu impian sesetengah wanita di luar sana. Bayangan hidup di kayangan sudah pasti terngiang-ngiang difikiran beberapa wanita yang berangan nak berkahwin dengan anak raja.

Walau bagaimanapun, sudah pasti akan ada kriteria tertentu yang diinginkan oleh sang putera dalam mencari peneman hidup dan salah satunya mestilah sebagai seorang isteri kepada mana-mana lelaki pun, pandai dan rajin memasak adalah ciri-ciri yang diinginkan oleh mereka.

Baru-baru ini, menerusian perkongsian baginda di Instagram, Tunku Azizah memuat naik beberapa foto juadah kegemaran anakandanya iaitu Yang Amat Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ataupun “T.aimshah” seperti yang digelar oleh permaisuri agong.

Bukan hanya satu juadah, malah ada empat juadah lauk pauk yang dikongsikan oleh baginda dan kesemuanya merupakan makanan kegemaran anak lelakinya itu, antaranya ialah gulai nenas udang, sambal petai, ayam roasted ostolia dan bergedil.

Memang tidak dinafikan, setiap juadah itu membuatkan orang ramai terliur lebih lagi sekarang adalah bulan ramadan. Selain itu, perkongsian Tunku Azizah juga mendapat banyak reaksi daripada rakyat dan pengikut baginda. Ada juga yang meninggalkan komen dan menganggap Raja Permaisuri Agong ibarat memberitahu ‘hint’ kepada bakal isteri anaknya mengenai makanan kegemaran Tengku Ahmad.

Walau bagaimanapun, baginda mengatakan bakal isteri Tengku Ahmad perlu tunggu baginda habis belajar dahulu dan perlu “tanya tuan badan sendiri” jika nak berkahwin dengan puteranya.

Woah! Agak-agaknya siapalah yang bertuah menjadi bakal menantu permaisuri agong nanti, mesti kena rajin memasak ni!