“Kalau tak tengok muka kita kata ni separuh Anwar” – Danial Zaini terkulat-kulat, Anwar Ibrahim komen persembahannya depan-depan!

PELAWAK Danial Zaini sekali lagi menarik perhatian ramai apabila memuat naik satu video parodi memaparkan dia meniru suara Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menyampaikan pesanan kepada peminatnya agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Danial atau nama sebenarnya Mohamad Danial Mohd Zaini, 28, memuat naik video tersebut pada petang Selasa.

“Saya menyarankan semua rakyat Malaysia untuk tidak balik ke kampung, kita perlu menjaga SOP dan kekal di rumah untuk memutuskan rangkaian Covid 19 di Malaysia.

“Kita takut sekarang daripada dua ribu jadi 30 bilion, 40 bilion, 50 bilion, 60 bilion kes. Kita taknak. Kita nak Covid-19 di Malaysia ni rendah,” katanya.

Perkongsian Danial kejutkan ramai peminatnya apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kemunculan.

Lebih menarik perhatian ramai, video tersebut turut disertai Anwar sendiri yang muncul di pertengahan rakaman.

Danial yang seakan gugup melihat kehadiran figura tersebut turut mendapat komen tentang cubaannya meniru suara Anwar

“Jadi jadi… Tapi tak sepenuhnya lah, tapi okay.

“Kalau tak tengok muka kita kata ni separuh Anwar,” seloroh Anwar.

Perkongsian tersebut turut mendapat pelbagai komen lucu yang terkejut dengan kemunculan Anwar.

Rata-rata mereka juga memberikan pendapat wajah gugup penyampai radio Era itu selepas Anwar memberikan komen tentang aksi lucunya.

“Selalu dok tiru suara, tuan empunya suara yg ditiru tiada. Sekarang ni dia buat buat depan tuan punya badan, mesti takut tu,” tulis @miemizan.mm

“Patutla riak muka lain masa berucap. Ada org lain dekat sebelah rupanya,” tulis @anarikic

“Tekejut aku Anwar ada sebelah,” tulis @hafiz_asyraff

Danial sebelum ini berjaya menarik perhatian Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui persembahannya di Muzikal Lawak Lawak Superstar 2.

Terdahulu, semasa penyertaan Danial dalam program Muzikal Lawak Lawak Superstar 2 (MLS2) pada Mac lalu melihat dia berjaya membuat penonton terpesona dengan persembahannya yang meniru suara serta watak Anwar.

Malah dalam persembahannya itu, dia mendapat komen positif daripada Anwar sendiri yang memuji gelagatnya melalui satu ciapan di laman Twitter.