” Polis Masih Akan Siasat Walau Dah Minta Maaf ” – Pihak Terlibat Dalam ‘Photoshoot Kubur’ Boleh Masuk Penjara

Semalam, pemilik butik pengantin yang viral buat penggambaran di sebuah perkuburan Kristian telah memuat naik video permohonan maafnya secara terbuka. Namun, kisahnya tak terhenti di situ…

#Video Bergambar di kubur Kristian dikecam netizen , Pemilik Butik tampil memohon maaf

Menurut mStar, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asistan Komisioner Md Yusof Ahmad mengatakan, pihak yang terlibat boleh dikenakan penjara setahun, denda atau kedua-duanya sekali tau!

Pun begitu, setakat ini pihak polis belum lagi menahan mana-mana pihak yang terlibat. Mereka hanya dipanggil untuk beri keterangan sahaja. 

Walaupun pemilik butik pengantin telah membuat permintaan maaf secara terbuka mengenai perkara itu, polis masih akan terus menyiasat kes itu,

Md Yusof juga berkata, walaupun pemilik butik itu memberi alasan yang dia hanya nak buat sesuatu yang “luar biasa”, tindakan mereka menceroboh tanah pekuburan anutan lain telah menjadi isu sensitif.

Jadi, individu yang merekod dan kongsi kandungan yang menyinggung di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) 1998 bakal berdepan denda maksimum RM50,000 atau penjara tak lebih dari setahun atau kedua-duanya sekali.

Ia bahkan berbaring di kubur

Manakala Paderi Gereja St. Louis Kluang, Monsignor Peter Ng pula berkata, pihaknya merancang untuk meningkatkan keselamatan di kubur Katoliik di Jalan Rambutan itu.

Menurut Paderi ini, mereka sedar dengan aktiviti yang dilakukan di tanah pekuburan itu dan telah pun menasihatkan mereka untuk tidak terbitkan gambar-gambar tersebut dalam talian. Wanita itu telah pun memohon maaf dan beredar tak lama kemudian.

Malangnya, nasihat ini nampaknya tak diendahka. Namun Paderi itu berkata, mereka telah pun memaafkan pihak yang terlibat ekoran penularan gambar tersebut.

p/s : ” Kalau dia ikut nasihat awal-awal, tak adalah jadi macam ni…