Pikul peti ais sejauh 10 KM, melalui sungai, titian balak dan lereng bukit cikgu ini buat netizen sebak

Meredah belantara, sungai, titian kayu balak dan lereng bukit sejauh 10 kilometer dengan bebanan sebuah peti ais seberat 40 kilogram membuatkan guru ini mendapat perhatian warganet.

 

Harry Yanto Bikal yang juga seorang guru di kawasan pendalaman Sabah ini tidak sekadar berkhidmat dengan ikhlas untuk mendidik anak bangsa tetapi juga dalam masa yang sama mahu anak muridnya juga merasai kemudahan tinggal di asrama.

Melalui laporan Harian Metro, Harry memberitahu peti ais itu dibeli melalui hasil sumbangan oleh guru di sekolah itu bagi tujuan menyimpan makanan mentah untuk murid-murid yang tinggal di asrama.

Difahamkan peti ais itu dibeli di pekan Donggonggon, selalunya perjalanan ke sekolah yang terletak di antara daerah Penampang dan Tambunan hanya mengambil masa tiga sehingga ke lima jam namum pada hari itu Harry terpaksa menahan bebanan selama tujuh jam.

“Usaha ini sudah lama dirancang kerana tidak mudah untuk mengangkat peti ais dengan keadaan jalan tidak boleh diakses apa sahaja kenderaan.

“Ini kerana laluan untuk ke SK Longkungongon melalui hutan berbukit dan menyeberangi beberapa sungai menyebabkan tiada kenderaan boleh sampai ke situ.

“Namun keadaan itu tidak mematahkan semangat saya dan guru menyediakan yang terbaik kepada murid,” katanya yang mula bertugas di sekolah berkenaan sejak 2017

Tentunya melihat senyuman diwajah anak muridnya menyebabkan dia melihat usaha kerasnya ini sangat berbaloi.

Tahniah cikgu Harry.

Semoga Tuhan memberkati kehidupan mu Cikgu Harry. Baktimu sebagai Guru Bakti pedalaman amat menyentuh hati 7-8 jam perjalanan mu dgn membawa bebanan terpikul dibahumu.. tidak dapat ditandingi oleh nilai jutaan ringgit demi untuk anak-anak didikmu murid murid Di Pedalaman SK Longkugongon Penampang.. Tolong Share… " Cikgu Malim Longkungongon" Bakti seorang Guru..tidak dapat kita balas hingga hujung Nyawa.. Terima Kasih CikguTq GB Ken Vun.. Cikgu Harry Dan warga SK Longkugongon, PIBG. Saya akan melihat hasil hasil Mentor Mentee kita. Doakan saya mampu untuk menjejak keindahan SK Longkugongon…. EKSA, Inap Desa, Asrama Desa, Tmn Eko Sains..Kelas yang menarik. Bilik guru yg selesa, PIBG yang membantu..Terima Kasih Cikgu, Sayang anda semua.

Posted by Hajah Maznah Abd Ghani on Tuesday, February 11, 2020