Aksi seorang pelajar yang mengambil Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia dengan mengenakan baju pekerja Shell bukan sahaja mengundang perhatian warganet tetapi juga pihak pengurusan tertinggi jenama antarabangsa itu.
Hari ini pelajar terbabit yang dikenali sebagai Amirfufu (nama Twitter) menerima kunjungan “bos besar” yang juga Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani Hussain .
Berkongsi momen ini melalui laman sosialnya kongsi pelajar ini ibu bapanya juga turut berada bersamanya.
Tentunya selain ucapan tahniah, pelajar bertuah ini juga turut menerima pelbagai hadiah di atas kejayaannya antaranya jam tangan. Selain itu dia juga berpeluang mengetahui pengajian tentang Shell yang akan diuruskan pihak majikannya itu kelak.
Difahamkan Amir yang mempunyai minat dalam bidang akaun turut mendapat sokongan Shairan Huzani Hussain yang berharap pelajar itu terus berusaha dan berjaya.