Pernah viral kerana susunan tempat duduk unik, ‘Cafe Takdak Nama’ buka cawangan keempat di JB!

SELEPAS mendapat sambutan hangat di tiga lokasi, ‘Cafe Takdak Nama’ mengorak langkah setapak ke hadapan dengan melancarkan cawangan terbaharu di Johor.

Lebih tepat, lokasi cawangan tersebut berada di Jalan Kebun Teh 1, Johor Bahru dan telah memulakan operasi pada 28 Januari lalu.

Pengasasnya Cafe Takdak Nama, Raja Mohamad Amin bersama rakan perniagaan, Amar Halim.

Pelancaran kafe ini telah disempurnakan pengasasnya iaitu Raja Mohamad Amin bersama rakan kongsi, Amar Halim.

Malam pelancaran dimeriahkan lagi dengan kehadiran keluarga dan rakan-rakan perniagaan mereka serta pelbagai hidangan istimewa yang ditawarkan di ‘Cafe Takdak Nama’.

Keunikan susun atur Cafe Takdak Nama.

Buat anda tertanya-tanya, ‘Cafe Takdak Nama’ menawarkan pelbagai menu hidangan menyelerakan gabungan Asia dan Barat.

Dan pastinya tarikan utama kafe ini ialah konsep tempat duduk pengunjung yang menampilkan keunikan tersendiri.

Pengasas Cafe Takdak Nama, Raja Mohamad Amin.

Secara tidak langsung, ia menjadikan ‘Cafe Takdak Nama’ satu lokasi menjamu selera yang lain dari lain, pastinya ia satu lokasi wajib buat kaki ‘Instagram’ di sekitar Johor Bahru!

Terdapat juga ruangan khas  yang boleh disewa untuk mengadakan pelbagai majlis seperti sambutan hari lahir, makan malam ‘private’ dan pelbagai majlis lagi. You name it!

Majlis pelancaran Cafe Takdak Nama cawangan Johor Bahru.

Buat anda yang yang berminat untuk mendapatkan informasi lebih lanjut tentang ‘Cafe Takdak Nama’ cawangan Johor Bahru, jangan segan silu untuk menghubungi mereka di talian 013-2523727.

Untuk rekod, Cafe Takdak Nama’ mempunyai cawangan lain di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.