Penggunaan jawi di stesen minyak Genting Highland dianggap permulaan tulisan ini akan diperluaskan ke seluruh negara.

Perkongsian pengguna laman sosial yang menunjukkan sebuah video yang berdurasi kurang seminit mengenai penggunaan tulisan jadi di sebuah stesen minyak.

Menerusi video yang menggunakan 100 peratus bahasa Tamil itu menjelaskan ketidakpuasan hatinya terhadap penggunaan tulisan jawi di stesen berkenaan yang terletak di Genting Highland.

Menyatakan Genting Highland sebagai lokasi pilihan masyarakat Cina untuk datang berjudi, individu ini juga turut turut meyakinkan penonton videonya penggunaan jawi ini akan terus diperluaskan di seluruh Malaysia suatu hari nanti.

Apa yang menjadi persoalan sekarang, The News Malaysia tidak pasti individu yang berkongsi video ini rakyat dari negara mana. Memandangkan setahu pihak kami Genting Highland terletak di Pahang.

Seperti yang diketahui bermula 1 Januari lalu semua premis di Pahang harus memasang papan tanda bertulisan jawi.

Penggunaan tulisan jawi itu juga selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Sultan Pahang supaya tulisan berkenaan diperkasakan di Pahang.