Nenek pilih jadi bintang porno di usia 84 tahun

Umur hanya angka buat seorang nenek berusia 84 berasal dari Jepun ini. Di kala rakan seusianya yang lain lebih banyak berehat dan bermain dengan cucu, ternyata Yuko Ogasawara pula memilih untuk terus bekerja.

 

Bagaimanapun bidang pekerjaan yang diceburinya ini bukan biasa-biasa apabila dia memilih untuk menjadi pelakon filem porno.

Menerusi laporan Asiaone.com nenek Yuko berasal dari sebuah keluarga biasa yang cukup mementingkan pendidikan. Selepas menamatkan pelajaran dia berkahwin dengan suaminya dan dikurniakan 3 orang anak.

Bagaimanapun selepas suaminya meninggal dunia di usia 59 tahun Yuko berasa sangat kesunyian. Namun selepas dua tahun dia mengambil keputusan untuk membuka restoren.

Bibit awal minatnya untuk menceburi bidang porno bermula apabila seorang pelanggan bertanyakan sama ada dia mahu membintangi filem dewasa, bagaimana Yuko menolak pada mulanya.

Bagaimanapun selepas pelanggan tersebut membawa dia ke set penggambaran filem porno, Yuko mengatakan jika dia mahu terlibat dalam bidang ini dia hanya mahukan lelaki muda.

Ternyata permintaanya itu ditunaikan pengarah yang mahukan dia menjadi pelakon dalam filem tersebut. Malah pelakon lelaki pertama yang bergandingan dengan Yuko juga sebaya cucunya.

“Merupakan kali pertama saya melakukan seks dengan lelaki lain selain suami saya,” katanya yang juga sangat seronok dengan kehidupanya kini.

Sementara itu Yuko turut memberitahu anak-anaknya juga turut menyokong kerjaya baharunya ini selain mahu dia gembira dengan apa juga yang dilakukan.