Penduduk kampung teruja, lelaki ini bawa Ferrari untuk jual tembikai!

SETIAP peniaga sudah pasti memerlukan idea yang kreatif dan kadang-kala tidak masuk dek akal demi mempromosi setiap produk atau perkhidmatan yang dijual.

Baru-baru ini, seorang lelaki di Vietnam melakukan satu pemasaran yang terbaik kerana dengan selamba menjual tembikai dengan menggunakan sebuah Ferrari 488 GTB.

Kehadiran mereka yang datang ke sebuah kampung untuk menjual tembikai itu menjadi dan ramai penduduk kampung setempat mengambil peluang untuk melihat kereta tersebut dengan lebih dekat.

Walau bagaimanapun, kereta Ferrari 488 GTB tersebut hanyalah sebuah replika yang dihasilkan oleh pemuda tersebut.

Hal ini tular selepas salah satu channel popular di Vietnam iaitu Youtube NHET TV memuat naik video tersebut. NHET TV memang cukup sinonim mengangkat kreativiti anak muda yang berbakat dalam membuat replika kenderaan mewah.

Difahamkan kos mereka replika kereta Ferrari 488 GTB tersebut memakan RM 4,118. Replika ini juga digunakan untuk tujuan unik, yang mana tidak mungkin akan dilakukan oleh seseorang pemilik Ferrari 488 GTB sebenar.

Untuk pengetahuan, Ferrari 488 GTB sebenar dikuasakan oleh enjin V8 3.8-liter twin-turbo yang mampu menghasilkan sehingga 661hp dan 760Nm tork. Pecutan dari 0-100km/j mengambil masa 2.9 saat, manakala kelajuan maksimum boleh mencapai 321km/j.

Sumber: Motoqar, The Vocket, NHET TV