Lelaki mengamuk akibat anjing mati dilanggar

POLIS menahan dua individu lelaki berhubung siasatan melibatkan seorang lelaki yang mengamuk sebelum bertindak memecahkan cermin kenderaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat, kedua-dua mereka masing-masing berusia 29 dan 44 tahun itu ditahan hasil maklumat awam.

“Pada 9.10 pagi ini, pihak polis telah mengesan satu video berdurasi 1 minit 40 saat yang ditularkan di laman sosial Facebook yang bertajuk ‘A Dog Died After Being Run Over, So The Owner Decided To Take Revenge’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kejadian tular itu berlaku di hadapan Crystal Greek Residence, Taiping.

Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki mengamuk dan memecahkan cermin belakang sebuah kereta dengan sebatang kayu.

Berdasarkan rakaman video berkenaan, insiden tercetus berikutan anjing si pelaku mati dilanggar kenderaan terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan 324 Kanun Keseksaan.