‘Abang kopiah’ acah samseng akhirnya ditahan

KUASA tular ketika ini sememangnya memberi impak luar biasa apabila seorang lelaki tular yang memakai kopiah hitam akhirnya ditahan hari ini

Insiden tular di media sosial itu memaparkan lelaki yang memandu kenderaan jenis Proton Perdana itu berang apabila gagal memotong barisan.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, suspek yang ditahan itu berusia 30 tahun.

“Laporan polis yang dibuat oleh pengadu telah diterima pada 27 Januari 2022 dan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, mangsa turut menerima ugutan menerusi laman sosial Facebook berhubung insiden berkenaan dipercayai individu berlainan.

“Susulan daripada kejadian tersebut, pemilik akaun twitter telah membuat laporan polis kerana mendapat ugutan melalui mesej suara Facebook daripada pemilik akaun facebook nama ‘Koi Airil Ossai’.

“Mangsa diugut supaya tidak menularkan video berkenaan dengan mengugut mangsa tidak akan selamat selagi video tersebut masih tular,” katanya lagi.

Kejadian yang berlaku di sekitar Shah Alam baru-baru ini tular apabila individu yang memakai kopiah hitam itu tular apabila cuba mencetus provokasi akibat daripada kesalahan sendiri.

Tindakan itu bagaimanapun hanya sementara apabila suspek melarikan diri sebaik sahaja memaklumkan mempunyai rakaman dashcam.