“Tragedi Tahun Baharu 2021” – Kereta terjunam dari feri, sembilan sekeluarga dikhuatiri lemas

SEKURANG-KURANGNYA sembilan sekeluarga dikhuatiri lemas apabila sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda (4WD) dipercayai terjatuh ke Sungai Batang Lupar dari feri Triso di Jalan Beladin Triso, Sebuyau, Sarawak petang tadi, lapor Sarawakvoice.com.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memberitahu, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.14 petang tadi dan mengerahkan anggota dari BBP Saratok dan Simunjan ke lokasi kejadian.

Katanya, kejadian terbabit viral di media sosial apabila seorang saksi membuat rakaman secara langsung.

“Kesemua mangsa berjaya di keluarkan oleh orang awam dengan bantuan feri dan juga jentolak di lokasi.

“Video yang berdurasi 7 minit 15 saat tersebut menunjukkan kesemua mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.

Kelihatan juga mangsa yang dikeluarkan diberi bantuan CPR di tebingan dermaga feri.

Sumber: Sarawakvoice.com