Jijik! Pembantu perubatan ditahan cabul, simpan spender pesakit

POLIS menahan seorang pembantu perubatan lelaki yang dipercayai mencabul seorang pesakit lelaki di sebuah hospital di ibu negara, pada Khamis

Petugas berusia 22 tahun itu ditahan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Setapak, pada jam 5 petang susulan laporan polis dibuat mangsa pada Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata ketika disiasat, suspek mendakwa berkelakuan sedemikian kerana terpengaruh dengan cerita rakan sekerja.

“Menerusi tangkapan itu, polis turut merampas seluar dalam mangsa yang disimpan suspek.

“Suspek dibebaskan dengan jaminan polis sebaik keterangannya selesai dirakam,” katanya kepada BH.

Kes disiasat mengiku Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian pada Ahad lalu, mangsa yang berusia 27 tahun dikatakan ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan kerana demam denggi.

Mangsa hadir ke wad kecemasan hospital terbabit pada jam 2.15 petang sebelum dibawa suspek untuk menukar pakaian.

Suspek mendakwa pesakit perlu diperiksa terlebih dulu sebelum bertemu dengan doktor.

Difahamkan, selesai mengenakan pakaian hospital mangsa kemudian dibawa ke satu bilik dan suspek berpura-pura ingin memeriksanya sebelum mengarahkannya menanggalkan seluar.

Suspek kemudian dikatakan meraba dan memasukkan jari ke dalam dubur mangsa selama beberapa minit selain mengambil gambar seluar dalamnya sebelum kehadiran doktor.

Mangsa yang pelik dengan tindakan suspek menceritakan kejadian itu kepada doktor yang merawatnya sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Isnin lalu.

Sumber: BH

Most Popular

Faizal Azumu kini Menteri Besar Perak sementara

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan beliau kini kekal menjadi Menteri Besar Perak namun ia dibawah kerajaan sementara sehingga rombakan baru...

“Saya tak akan bubar DUN” – Ahmad Faizal

DATUK Seri Ahmad Faizal Azumu berkata beliau tidak akan mengusulkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bagi menyembah...

Danial Zaini buat pengakuan jujur – “Video tular atas katil tu memang diri saya”

PELAWAK Danial Zaini akhirnya mengakui video tular di atas katil sambil menyanyikan sebuah lagu di laman Twitter adalah dirinya. Danial atau nama sebenarnya Mohamad Danial Mohd Zaini, 27,...

MB Perak gagal peroleh majoriti, akan berlaku peralihan kuasa?

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi usul undi percaya terhadapnya hari...