Ingatkan lelaki, rupa-rupanya gadis… Wanita tiba-tiba viral gara-gara berjanggut dan bermisai!

GADIS rupanya. Seorang gadis dari Indonesia tular di TikTok kerana beberapa video yang memperlihatkan misai dan janggut pada wajahnya seperti seorang lelaki, lapor portal Siakap Keli.

Gadis yang dikenali sebagai Nisya Fadhillah itu tidak malu untuk memuatnaik video yang menunjukkan misai dan janggutnya itu.

Memetik laporan asal portal Tribunnews, misai dan janggut Nisya tumbuh sedikit demi sedikit ketika dia semakin dewasa.

“Mula tumbuh di tangan dan kaki, misai pun sama namun dulu agak kurang sedikit,” jelasnya kepada Tribunnews.

@mssvante

current priority: myself🥰 #fyp

♬ Credit to coldsugarrr – 🤍
VIDEO Nisya Fadhillah yang viral di TikTok.

Pun begitu, memasuki sekolah menengah, bulu di badannya mula kelihatan tebal.

“Kelihatan semakin tebal, bulu-bulu di kaki, di tangan, misai juga sudah mula tumbuh,” katanya.

Tambahnya lagi, dia mengesyaki bahawa bulunya juga tumbuh dengan lebih lebat kerana penggunaan produk penjagaan kulit.

Melihat keadaan itu, dia berhenti menggunakan produk itu namun alangkah terkejut dirinya apabila bulu di badannya semakin banyak.

Dia kini mengurangkan penggunaan sebarang produk penjagaan muka.

“Saya kini cuma pakai pencuci muka dan pelembab sahaja, itupun kalau kulit terlalu kering.

“Takut bulu tumbuh dengan makin banyak, sekarang ini pun sudah lebat,” katanya.

Dia juga mengatakan bahawa pernah pergi berjumpa doktor untuk melakukan rawatan laser bagi bulunya kerana sudah terlalu tebal.

Doktor memaklumkan kepadanya bahawa misai dan janggut itu tumbuh disebabkan oleh terlebih hormon lelaki iaitu testosteron yang tinggi.

Menurut Hello Doktor, kadar testosteron yang terlalu tinggi dalam badan wanita juga sebenarnya boleh mengakibatkan obesiti.

Ia juga boleh menyebabkan golongan wanita menghidap PCOS atau Sindrom Ovari Polisistik yang boleh mengakibatkan kemandulan.

Sumber: Siakap Keli