Ibu jelita nekad lelong barangan suami curang di laman sosial, kaut untung lebih RM24,000!

SEORANG ibu jelita beranak tiga di Filipina nekad menjual barangan milik suaminya setelah lelaki itu didapati mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

Jamille Margarita Galvez menjadi sensasi di media sosial sejak beberapa hari lalu menjual barangan peribadi milik suaminya menerusi siaran langsung di media sosialnya dan mendapat keuntungan lebih RM24,000!

“Jangan kata itu ‘milik saya’ jika anda tidak boleh berpegang pada pilihan anda sendiri seperti suami saya yang tidak boleh berada di sisi saya,” katanya.

Antara barang yang dilelong.

Menurut Jamille, ia adalah satu pembaziran jika dia membuang atau membakar barang-barang miliknya suaminya itu.

Lalu dia membuat keputusan untuk membuat jualan secara dalam talian diamana ia akan memberikan keuntungan kepada diri serta anak-anaknya.

Antara barang milik suaminya yang dilelong termasuklah baju Lacoste, kasut berjenama serta beberapa barangan lain.

Dia dikatakan menjana keuntungan kira-kira 300 ribu Peso, bersamaan dengan RM24,466 ribu.

Dalam satu temu bual bersama media Filipina, wanita ini berkata tindakan itu diambil demi keperluan untuk menambah pendapatannya bagi membesarkan anak-anaknya.