Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ahad ini

PENYIMPAN Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Ahad ini.

“Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Ahad ini, 3 April 2022 bersamaan 1443H/2022M menurut perintah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja,” katanya dalam siaran langsung pada Jumaat malam.

Terdahulu, tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa umat Islam seluruh Malaysia adalah pada Jumaat, 1 April ini bersamaan 29 Syaaban 1443 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menyatakan tempat melihat anak bulan Ramadan dilakukan melibatkan 29 lokasi seluruh Malaysia.