Hanya pakai lampin sambil kibar bendera – “Sekurang-kurangnya dia patriotik”

BUKAN susah nak jadi terkenal. Mungkin itu yang bermain di fikiran seorang lelaki di Indonesia apabila dia menjadi tular di media sosial akibat perlakuan mengibarkan bendera negara itu di tengah jalan raya dengan hanya memakai lampin pakai buang.

Rakaman video yang dikongsi di laman Instagram berita tempatan serta merta menjadi perbualan ramai.

lelaki tersebut dipercayai sedang meraikan Hari Kemerdekaan Indonesia yang disambut warganya setiap tahun pada tanggal 17 Ogos.

Tindakannya itu mengundang pelbagai reaksi pengguna masyarakat yang beranggapan individu tersebut kurang siuman.

“Tidak ramai yang mengerti sebab dia berbuat demikian sehingga ada yang menghina perbuatannya. Cubalah berfikiran terbuka,” komen netizen.

“Sekurang-kurangnya dia ada sifat patriotisme meskipun tidak siuman,” komen seorang lagi.

Kejadian dilaporkan berlaku berhampiran Mega Bekasi Hypermall, Bekasi, Jawa Barat.