Boleh makan di kedai jika lengkap dua dos – PM Sementara

Food photo created by tirachardz - www.freepik.com

INDIVIDU yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin dibenarkan untuk makan di restoran atau ‘dine in’ bermula esok.

Perdana Menteri Sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kebenaran itu bagi negeri-negeri di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Katanya lagi, ia sebagai satu kemudahan bagi sektor sosial dan ekonomi khusus bagi individu yang telah lengkap vaksin.

Keputusan itu juga berdasarkan perkembangan positif kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di seluruh negara yang telah melebihi 50 peratus.