Halang petugas media, jurugambar hentak kepala peguam guna kamera!

HalanHalang petugas media, jurugambar hentak kepala peguam guna kamerag petugas media, jurugambar hentak kepala peguam guna kamera!

MAHKAMAH Shah Alam hari ini dikejutkan dengan insiden kekecohan membabitkan pihak peguam dan juga pengamal media apabila tercetusnya kejadian pergaduhan.

Difahamkan, peguam yang mewakili Samirah Muzaffar bagi kes perbicaraan Cradle Fund, S. Suresh dikatakan menghalang pihak media (jurugambar) untuk mengambil gambar anak guamnya sebaik sahaja berada di perkarangan mahkamah.

Setelah beberapa kali dihalang serta mengeluarkan kata-kata kesat, salah seorang jurugambar telah berang lalu menyerang kepala peguam tersebut dengan kamera.

Suresh yang mengalami kecederaan ringan di kepala ketika ditemui media berkata, pihaknya belum membuat sebarang keputusan sama ada untuk membuat laporan polis atau sebaliknya.

Sebelum itu, aksi halang menghalang telah dimulakan apabila Suresh dan anak guamnya sedang menunggu lif untuk menaiki tingkat empat.

Menerusi satu rakaman video, Suresh kelihatan menghalang pihak media selain turut bertindak menepis kamera salah seorang jurugambar sebelum berlakunya insiden tolak menolak dan pergaduhan mulut.

Barisan peguam dan petugas keselamatan kemudian cuba membawa Samirah memasuki bangunan melalui pintu utama, namun, masih berlaku himpit menghimpit sehingga seorang petugas media mengambil tindakan drastik memukul kepala Suresh dengan kameranya.

Jurufoto berkenaan yang dikenali sebagai Zulfadli Zaki difahamkan telah membuat laporan polis di balai berhampiran.