“Buat apa kat sini tengah malam?” – Lelaki dikejar selepas tegur bunian lawat kubur

TIDAK dinafikan, selain manusia terdapat makhluk lain yang turut tinggal dimuka bumi ini.

Terbaru, tular sebuah video seorang lelaki yang sedang lalu ditepi kawasan tanah kubur pada waktu tengah malam.

Video berdurasi 43 saat itu menunjukkan lelaki tersebut sedang menaiki motor untuk ke destinasinya sebelum terserempak dengan sekumpulan orang berkerumun di satu perkuburan lengkap berpakaian putih.

Walau bagaimanapun, hal ini menimbulkan tanda tanya dan lelaki berkenaan memberanikan diri untuk bertanya ‘kumpulan’ berkenaan apa yang sedang dilakukan mereka di tanah kubur pada tengah malam.

Namun, selepas ditegur beberapa kali, lelaki tersebut dikejar oleh makhluk berkumpulan tadi dan ada yang mendakwa bahawa itu adalah bunian.

Apa pun, kesahihan video ini tidak dapat dikenal pasti dan siapa tahu mungkin ini hanyalah rakaman semata menghiburkan orang ramai.