Suami terkejut apabila menemui badan isteri dikerat dalam peti ais

Seorang suami yang menemui tubuh isterinya dalam keadaan dikerat di dalam kotak peti ais sebelum disorok dalam peti ais yang berlaku di rumahnya  di Sumbawa, Jakarta, semalam.

Mangsa yang bernama, Siti Aminah, 44, telah di temui oleh suaminya semasa pulang ke rumah sebaik sahaja menerima laporan dari jiran berdekatan. Oleh kerana bau busuk yang datang dari rumah pasangan tersebut.

Menurut laporan Kompas.com, suami mangsa yang bernama Muslim, yang betugas di daerah Kalas terpaksa memecahkan pintu rumahnya akibat mangsa tidak menyahut panggilan oleh suami.

Kemudian, tanpa melengahkan masa, Muslim terus mencaru punca bau busuk datang di dalam rumahnya. Lantas, reaksi mengejutkan apabila Muslim, menemui mayat isterinya yang sudah dikerat kepada beberapa bahagian.

Bagaimanapun, Siasatan oleh pihak polis masih dijalankan dan mengumpul maklumat dari saksi bagi mengesan suspek yang terbabit.