“Belum berkahwin dan belum bercerai” Nafi bernikah dengan Yaya, suami wanita didakwa mangsa curang kawan baik sendiri jelas hal sebenar

Bercakap kepada The News secara eksklusif sebentar tadi, lelaki yang dimaksudkan menduakan isterinya dengan seorang wanita bersama Yaya menafikan yang dikini sudah berkahwin dengan wanita tersebut.

Dikenali dengan nama Baa, lelaki ini juga turut memberitahu dia juga masih merupakan suami kepada wanita bernama Hanaa yang tular hari ini mendakwa menjadi mangsa curang rakan baiknya sendiri.

View this post on Instagram

Sweet memories

A post shared by @makeuphana (@hannabaa) on

“Saya tidak berkahwin dengan wanita itu (Yaya),” katanya ringkas kepada The News.

Sementara itu ditanya sama ada dia sudah menceraikan isteri pertamanya. Kata Baa juga dia tidak akan mungkin melakukan perkara berkenaan.

“Belum saya belum bercerai, dan tidak akan berbuat demikian,” katanya lagi.

Sementara itu difahamkan Baa merupakan pemilik perniagaan pembinaan yang berpusat di Terengganu.

Hari ini kisah kecurangan dengan rakan baik isterinya sendiri mendapat perhatian warganet. Melalui pendedahan isterinya itu difahamkan Baa sudah bernikah dengan wanita bernama Yaya itu di Selatan Thailand pada 6 januari lalu.