“Akan terus jaga rahsia kita bersama” Yaya nafi bernikah 6 Januari lalu dengan suami rakan baik sendiri.

Ketika warganet terus menyerang laman sosial peribadinya dengan komen-komen kecaman, ternyata wanita yang didakwa merampas suami rakan baiknya sendiri ini tidak melatah untuk memadam mahupun menyekat komen.

Memilih untuk mengeluarkan kenyataan melalui Ig Story, Yaya atau nama sebenarnya Haziqah Nurulhuda Harun,23, memberitahu dakwaan rakan baiknya yang mengatakan dia berada di selatan Thailand untuk bernikah dengan suami rakan baiknya itu juga tidak benar.

Jelasnya pada 6 Januari lalu dia berada di hospital bagi menemani anak saudaranya sepanjang hari yang dikejarkan ke wad kecemasan. Malah sehingga hari ini juga dia masih berada di hospital.

“6 januari aku sepanjang hari dekat UIAM (hospital), anak saudara aku masuk masuk kecemasan,”tulisnya.

Walaupun tidak menjelaskan sama ada benar dia sudah bernikah atau tidak, namun Yaya turut mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan apa yang berlaku ini terjadi atas sebab-sebab tertentu.

“Semua ini tidak akan terjadi tanpa bersebab,” dalam menjelaskan apa yang berlaku.

Sementara itu Yaya turut menjelaskan dia masih sayang akan persahabatan yang terjalin antara dia dan wanita yang mendakwa dia sebagai perampas itu.

“Aku akan sentiasa sayang akan kamu berdua dan terus menjaga rahsia kita bersama,”tulisnya lagi.

Sementara itu difahamkan wanita berusia 23 tahun yang dikenali sebagai Yaya itu adalah orang kelainan upaya (OKU).

Merupakan Tokoh Maal Hijrah Orang Kurang Upaya (Perempuan) pada majlis sambutan Maal Hijrah 1440 Hijrah/2018 peringkat negeri Terengganu Haziqah Nurulhuda Harun.

Sementara itu Yaya juga pernah tular sebelum ini melalui kisahnya yang mampu berjalan semula selepas 9 tahun menggunakan kerusi roda selepas menunaikan umrah. Merupakan Tokoh Maal Hijrah Orang Kurang Upaya (Perempuan) pada majlis sambutan Maal Hijrah 1440 Hijrah/2018 peringkat negeri Terengganu, gadis ini mempunyai perniagaan membuat kek bulan dan mempunyai 55 ribu pengikut di IG.