Apa barang cop parking pakai kon dan kerusi, cuba tengok brader ni…

TINDAKAN seorang lelaki menggunakan seluar panjang yang dibekukan bagi menandakan tempat letak keretanya (cop parking) Chicago, Illinois, Amerika Syarikat viral di media sosial, lapor Kosmo!

Memetik laporan asal portal UPI.com kelmarin, Adam Seltzer dari West Ridge memuat naik gambar seluar panjang beku yang berada dalam kedudukan berdiri di laman Twitter.

Tindakan menanda tempat letak kereta merupakan amalan biasa di Chicago dan penduduk sering menggunakan kerusi atau kon trafik bagi tujuan berkenaan.

“Alami keseronokan vorteks kutub dengan mendirikan seluar panjang tanpa dipakai oleh sesiapa.

“Basahkan sepasang seluar dan letakkan di luar rumah. Dalam masa 20 minit, anda boleh membuatkannya berdiri apabila ia mula mengeras,” kata Seltzer menerusi satu hantaran di media sosial.

Menurut Seltzer, dia kini sedang mencuba untuk melengkapkan set pakaian tersebut dengan menambah baju di atas seluar beku itu.

“Apa yang saya sedang cuba lakukan sekarang dan tidak pernah dibuat sebelum ini adalah membekukan baju, jadi nantikan hasilnya,” katanya kepada CBS Chicago.

Sumber: Kosmo!