2 Beradik Tular Video Hingga Dapat Perhatian Amerika Syarikat

Walaupun tidak mempunyai pelajaran yang tinggi, namun minat Ikram Shahidi Mat Kail, 24, dan adiknya, Muhammad Zakaria, 22, terhadap motor tular hingga ke luar Negara baru-baru ini.

Video yang berdurasi kurang empat minit itu tular di laman Facebook meraih 1,000 komen yang positif dan 23,000 perkongsian.

Turut difahamkan, video yang diambil oleh rakan sekampung itu hanyalah suka-suka kerana inovasinya yang membuatkan motor mampu bergerak di dalam air.

“Asalnya saya hanya suka-suka nak rakam kenangan kehebatan dua rakan kampung kami atas inovasi ini. Tak sangka pula boleh tular. “

Sampai sekarang saya masih terima mesej antaranya dari Amerika Syarikat, Thailand, Vietnam, Filipina, Laos dan Amerika Syarikat,” kata pemuda dari Kampung Banggol Setiu, Terengganu.

Sementara itu, Ahli Jawatan kuasa Persatuan Belia Sepadu Bonggol, Kahirul Afendi Ibrahim turut meluahkan rasa gembira impak video yang tular itu.

Menurut Ikram Shahidi berkata, kreativiti itu bermula dengan perasaan ingin mencuba namun tidak menyangka ia membuahkan hasil dan lebih menarik, mereka hanya mengambil masa dua jam untuk melakukan pelbagai proses pengubahsuaian.

Mengulas lanjut, motor jenis Honda dan Modenas Kriss 110 itu mampu meredah air hanya dengan mengubah suai botol plastik menggantikan tangki minyak, karburetor dan saluran udara serta beberapa komponen yang lain.

Bagaimanapun, dua beradik tersebut mempunyai hasrat yang dalam untuk belajar seca formal tentang motor dan bercadang buat motosikal amfibia pula yang sesuai dengan musim banjir.