Warganet luah rasa tidak puas hati penutupan jalan sempena persidangan bantahan tulisan jawi oleh Dong Zon

Kenyataan penutupan beberapa jalan utama di Kajang esok sempena persidangan bantahan tulisan jawi oleh Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) tenyata mendapat reaksi berbeza warga net.

*MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA SEBAHAGIAN JALAN BUKIT DI HADAPAN BANGUNAN DONG ZONG DALAM DAERAH KAJANG.*TARIKH :…

Posted by Polis Daerah Kajang on Wednesday, 25 December 2019

Menerusi komen-komen yang ditinggalkan di laman Facabook Polis Daerah Kajang ternyata kecewa dengan tindakkan persatuan itu yang dilihat menyusahkan selain dilihat tidak relevan.

Antara komen turut mempersoalkan bagaimana penutupan jalan ini dibenarkan memandangkan jalan yang ditutup akan menyebabkan gangguan kepada penduduk setempat.

 

Sementara itu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang memaklumkan penutupan jalan utama itu bermula dari 11 pagi hingga 5 petang

“Antara jalan yang ditutup adalah di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala Lumpur-Seremban, persimpangan lampu isyarat Jalan Changkat, persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Indah, Jalan Jati dan Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK) ke Jalan Bukit.

“Pada peringkat pertama, persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Indah dan Jalan Jati ke Jalan Bukit akan ditutup dan dipantau anggota trafik. Pergerakan kenderaan adalah seperti biasa.

“Peringkat kedua pula membabitkan penutupan persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala Lumpur-Seremban dan persimpangan lampu isyarat Jalan Changkat ke Jalan Bukit yang dibuat secara berperingkat mengikut keadaan lalu lintas di lokasi penganjuran,”tulis kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, orang ramai diminta mematuhi arahan pegawai kawalan lalu lintas yang bertugas ketika dan sebelum penutupan jalan dilakukan.