[Video] Wanita Serang Suami Bersama Kekasih di Ekspo

Video seorang wanita menyerang suaminya yang berlaku curang tular di media sosial.

Menerusi video yang tular, dapat dilihat suami kepada wanita tersebut sedang berjalan-jalan bersama seorang wanita di sebuah ekspo di Temerloh, Pahang

Namun, apa yang menarik perhatian apabila kekasih suaminya itu masih menguntumkan senyuman walaupun sudah ‘tertangkap’.

 

“Curang ke? Kau curang ke?

“Kau tahu tak dia ni laki orang, aku ni bini dia” amuk wanita terbabit

Dalam pada itu, menerusi ruangan kapsyen wanita terbabit turut mendakwa suaminya itu telah berlaku curang dengan wanita yang tidak diketahui identitinya dan meminjam kereta kakaknya.

“(Nama suami) kau berkepit berpeluk dengan perempuan entah mana hala.

“Dah la curang pinjam kereta kakak. Nampak sangat tak berharta. Dayus sedayus-dayusnya!,” tulis wanita terbabit

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa geram dan tidak berpuas hati selepas menonton video tersebut.

“Masalah muka penyondol tu pun muka pasar malam. Kalau muka Pavilion ke Suria KLCC ok lah jugak. Sesuai !!

“Dayusnya seorang lelaki bila dah kantoi, tak pergi kat isteri, tapi protect kekasih. Isteri ni dah mcm orang bodoh terjerit-jerit kejar dua ekor s***** ni. Dua-dua elok kene langgar